greeting

Saturday, February 20, 2010

satu hari nti . . . .

satu hari nnti
pa bila engkau ketemu diri ku,
pa bila diri ku berubah, jangan la d tanya kenapa sy berubah.. tp tanya la apakah perubahan ku, kerana jika engkau bertanyakn sbb ny, engkau x akn faham dn x akn fham knp.. sbb hya diri ini sahaja yg tau knp.. dn diri ini tpksa diamkn ny, sbb ny pa bila d bicarakan, ia akn mgundang seribu satu msalah. biarkn diri ni yg menanggung sgala ny

satu hari nti bila kita ketemu,
engkau rasaku sy sombong dan angkuh, jgn la engkau mmbuat kesimpulan awal
kerana mgkin itu ad la lakonan semata2 yang amat perit dan sakit utk melakonny.
penuh dgn penipuan dan kepura2an.. engkau x akn tidk akn tau dan akan x tau selamany2 kenapa diri ini tpksa buat bgitu..

satu hari nti. apa bila kita bertemu,
mgkin engkau akn perasaan diri ini akan mengalih pandangan dr pd mu,
mgkin engkau merasakn diri ini telah lupa sapa diri mu.. sapa kmu? kita kenal atau tak?
tp engkau x tau apa d sabalik dr pandangan itu.. penuh dgn tangisan dan sengsara yg x tertahan tarany.. air mata x akn kelihatan, tp air mata hati bagaikn kelajuaan cahaya derasny, cuma dpt d sembunyikan dgn perasaan ego..

satu har nnti, bila kita ketemu,
mgkin engkau melihat diri ini sllu trsenyum dan ketawa, mgkin engkau merasakn diri ini gmbira dan bahagia,
tp sebenarny diri ini menanggung kepedihan dan ksengsaraan, yg mana ia x dpt d kongsi dgn ssiapa sekalipn..
senyum tawa gmbira itu ada lah satu lakonan yg tpksa d jayakn utk myembunyikn sgalany, lakonan utk mmbuatkn engkau trus trsenyum. engkau gmbira.. tp pd hakikat ny diri ini menanggung plbagai acap rasa..

satu hari nti bila kita ketemu,
mgkin engkau akn ketemu diri ini baluti kain putih, d mana pjmpaan kita yg kali trakhir.. d mana engkau mengiringi diri ini stakat ke lubang kubur,, slepas itu kita akn tpisah selamany,
ketika ini, lakonan telah berjaya d laksanakn. dn hgga d saat itu, engkau x akn tau motif lakonan diri ini, biarlah engkau x tau. asalkn diri ini bjaya mmbuat engkau trsenyum. memadai utk diri ini. biar pn lakonan ini pnuh cabaran dn dugaan. tp berbaloi utk diri ini...hya satu ku pinta,, maafkn diri ini jika diri ni melakukan ssuatu yg menyakiti ati dirimu, kerana sy bukn pelakon drama dunia yg bjaya.. yg dpt menyembunyikn sgla2.. hya satu shaja yg tau lakonan sy.. ALLAH s.w.t..


apa bila hati berbicara, nukilan hamba ALLAH aka me(sudi2 la tinggalkn komen ya.. huhu)


(tiada kaitan dgn spa2 pn.. cuma keboringan ttiba pla idea dtg buat bnda ni huhuhuhu skali lg d ingatkn pkra ini tiada kait mgait dgn sapa2.. sy pn tiada.. btul ini.. nda sy tipu..huhuhu)

Wednesday, February 17, 2010

kenapa ALLAH ciptakan lelaki dan perempuan dgn berbeza tanggungjawap?

kita selalu mempertikaikan,, kenapa lelaki d beri hak itu hak ini.. kenapa islam bias trhadap pmpuan.. pmpuan pla mgatakan, kmi pmpuan x bole jd pemimpin ka.. kmi tiada kistimewaan ka di sisi islam.. (ad ka org fkir mcm gitu.. blsah jk ni hahaah) .. so baca smpai abis d bawah ni.. manatau sdikit sbyk dpt beri sdkit ilmu dn pgetahuan d samping bersyukur betapa indah ny pengaturan ALLAH raja sekalian alam semesta..


LELAKI

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.


WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

artikel ini bukn karangan sy.. tp sy copy dr sorg kakak.. kredit to she.. huhu